RSS
Post Icon

Cara Tangkap Hantu

Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir

Hantu Pompuan ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung
balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin
muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu
dia boring.

Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara
mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya,
ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita
hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat
gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol

Hantu ni Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen
berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik
bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya
kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam u all
lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, mc, lepas tu nengok internet..macam
sekarang nih..sah-sah tengah baca blog nie..macamana nak jawab..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment