RSS
Post Icon

Aksi Ngeri Minggu Pertama Muezza di Rumah Baru


Baru sempat nak upload video ni. White vs Muezza.




Jangan risau, jangan bimbang. Muezza terselamat daripada kemarahan White. Keadaan dapat dikawal kurang dari seminit. Doakan White dapat menerima Muezza suatu hari nanti. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

MCFA Cat Exhibition 2012

26hb Februari 2012, hari Ahad : aku pergi melawat Malaysia Cats Fancier Association (MCFA) Cat Exhibiton di Viva Mall, Kuala Lumpur. Pameran ini menampilkan pelbagai baka kucing di bawah TICA. Majoritinya kucing baka Bengal la. Ada owner yang hanya bawa kucing mereka untuk show dan ada juga untuk dijual. Paling terkejut apabila presiden MCFA bagitau anak kucing British Shorthair (tiada dalam gambar) yang dia baru import dari Germany tu sangat mahal. RM 12,xxx! Fuh!!! kalau aku, tak termampu! 1st time pergi pameran-pameran kucing seumpama ini, rasa sangat excited. Antara gambar-gambar yang sempat diambil masa pameran :



sekitar MCFA Cat Exhibition diadakan. Ramai betul orang datang.


brown spotted Bengal


Domestic Long Hair (DLH). hansome je dia...


Burmese

exotic (aku pernah bergambar dengan dia,bayar RM30.berbaloi la..hehee)


Putra, Brown Marbled Bengal. World Champion Cat 2011 if i'm not mistaken.


exotic


anak Maine Coon


anak Persian. Persian TICA tak flat faced sangat,lebih kepada doll-faced. Kalau Persian dari CFA baru extreme flat-faced.


teddy bear cat, the British Shorthair. kucing paling besar kat pameran ni.


err...silver marbled Bengal kot.


brown spotted Bengal


kucing paling sporting bergambar, bi color British Shorthair.


savanah, as the owner told me.


cool je dia duduk dalam cage.


brown spotted Bengal


anak-anak Bengal sangat aktif.melompat-lompat je kerja...hehee


brown marbled Bengal


hadiah aku dapat jawab kuiz MCFA (orang 1st jawab.hehee)



Pengajaran daripada talk yang president MCFA bagi : jangan sesekali buat cross-breed atau inter-breed antara kucing berlainan jenis atau "sumbang mahram". Mak kahwin anak, adik kahwin abang, dan lain-lain. Sebabnya akan berleluasa kecacatan, baka yang asli akan hilang keasliannya, generasi baru tidak dapat melihat lagi sesuatu baka asli jika baka itu pupus dan diganti dengan baka kacukan. Seperti kebanyakan masyarakat kita mengakui kucing local yang berwarna "colorpoint" sebagai kucing siam walhal kucing tersebut ialah kucing local yang dah dikacuk dengan siam. Kucing siamese yang sebenar sangat elegan dan sangat berbeza dengan kucing yang didakwa kucing siam oleh masyarakat kita. (tak sempat ambil gambar kucing siam hari tu). Sorry.

Lagi satu, kalau dah kucing tu cacat, mesti ramai manusia yang akan buang kucing dan akan menambahkan lagi populasi stray cat (kucing jalanan). Hasilnya, sesetengah pihak akan menangkap dan membunuh kucing tersebut (seperti kes baru-baru ini), dan sebelah pihak lagi bising menuntut hak kucing yang teraniaya.

Secara personal, dia kata punca permasalahan ini bermula dengan cross-breed dan inter-breed. Jadi,renung-renungkan. Jangan biarkan ibu kucing berkahwin dengan anaknya sendiri. Tak elok. Hehee...

Tu je la aku nak share.bye :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

My Passion for Cat


Antara gambar-gambar yang sempat di ambil ketika cuti semester bulan Januari lalu. Ketika ini, tentera-tentera ni umur stahun lebih dah. White (male DLH persian), Grey (female semi flat persian), Muezza (female DLH persian) dan Puss (local cat). tapi puss tiada sangkar khusus untuknya.Sori Puss. :)


Gelagat Grey dan White dalam sangkar


White si Hero


Ini makanan wa punya! lu jangan kacau!!! ada paham ka??


Panas, wa guling-guling dulu. (geng-geng tentera persian paling suka duduk dalam aircond ketika cuaca panas)


Grey dalam Mode Malas


Dating di ruang tamu, depan TV.baru terasa sejuk selesa.hehehee...


hello there! I'm Puss!!! and I'm not in boots!


introducing...Muezza!!!


hai...!!!


kawasan perumahan tentera kucing


sangkar kecil untuk Muezza. sangkar 3 tingkat untuk Grey dan White. Muezza dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru. (minggu pertama)


*berita terkini : White telah mampu menerima kehadiran Muezza di banglo 3 tingkatnya. (minggu kedua)





Sekian


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Orang Baru.Muezza


Muezza, Female DLH umur stahun lebih. pernah menjadi ibu sebelum saya beli dia dari seorang owner cina dari Batu 7, Kuching. Seekor kucing yang sangat manja dan cool.

Muezza bertenggek atas kerusi


jeling2 suasana rumah baru (belum dapat campur dengan tentera lain takut berbalah. so,letak dalam rumah sementara)


hari pertama di rumah baru

* Keadaan Muezza ketika dibeli sangat bersih dan tiada tanda2 sakit kulit atau serangan kutu dan fungus. Tapi... sangat kurus..stahun lebih, 2.5KG sahaja!!! sabar Muezza,sbulan dua kau di rumah, InsyaAllah beratmu akan bertambah. semoga cepat gemuk dan lahirkan anak yang comel2. (Muezza sekarang sedang "on-heat" namun belum dapat bercampur dengan White)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Lebih Baik Diam


Jika saya bercerita sekarang,
Maka itu hanya akan membuat sebagian orang memaklumi saya,
Dan sebagian lagi akan tetap menyalahkan saya,
Tetapi itu juga akan membuat mereka memaklumi dunia yang seharusnya tidak dimaklumi,
Dan tidak ada yang dapat menjamin apakah semua dapat memetik hal yang baik dari
kemakluman itu,
Atau hanya akan mengikuti keburukannya
Maka lebih baik saya diam.


Jika saya bersuara sekarang,
Maka itu akan membuat,
Saya terlihat sedikit lebih baik,
Dan beberapa lainnya terlihat lebih buruk sebenarnya,
Maka saya lebih baik diam.


Jika saya berkata sekarang,
Maka akan hanya ada caci maki,
Dari lidah ini,
Dan teriakan kasar tentang kemuakan,
Serta cemoohan hina pada keadilan,
Maka saya lebih baik diam.


Saya hanya akan berkata pada Tuhan, bersuara pada yang berhak,
Berkata pada diri sendiri,
Lalu diam kepada yang lainnya,
Lalu biarkan seleksi Tuhan,
Bekerja pada hati setiap orang.


 Puisi daripada Ariel

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS