RSS
Post Icon

Kata-kata Cikgu

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji bagi penjawat-penjawat awam sehingga 13%. Aku belum faham dunia gaji menggaji ni, yang aku tahu gaji naik. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang berkenaan. :)

Dalam aku jalan-jalan di wall Facebook cikgu-cikgu aku, aku terjumpa satu status daripada bekas cikgu aku yang sangat memberi kesedaran kepada kita dan aku tergerak hati untuk share di blog ini.


"Kaya atau miskin, gaji besa atau kecil, jika makan roti canai, tak dpt nak abis 10 igik. Mun makan dagin, paling2 pun duak tiga kerat ajak. Pake sidak kaya2 apo duit ratus2 n juto2 yo. Mun dah byk gilak duit, tolong2 kamek nak susah miskin tuk. Pake meli beras sekampet duak jadilah. Dpt juak anak bini kamek makan kenyang sikit. Nak masak nasi pun, beras dicatu. Lauk kamek, ikan gonjeng masin jak2. Sedap sikit ikan lumek, campur gonjen idup, ngan senik, masak pidik. Kadand2 rebus asam lakum. Nak makan sedap2, duit sik ado. Kesianlah ngan kamek urang tuk."

terjemahan :

"Kaya atau miskin, gaji besar atau kecil, jika makan roti canai, tak terhabis 10 keping. Kalau makan daging, paling banyak pun boleh makan dua tiga keping. Bagi golongan kaya, apa guna duit beratus dan berjuta? Kalau duit banyak sangat, tolonglah kami yang susah dan miskin. Untuk kami beli beras sekampit dua pun jadilah. Dapat juga anak bini kami makan kenyang sikit. Nak makan nasi pun beras dicatu. Lauk kami, ikan gonjeng masin sahaja (tiap hari). Sedap sikit ikan lumek, campur ikan gonjeng dan udang halus, dimasak dengan garam. Kadang-kadang rebus asam lakum. Teringin juga nak makan sedap-sedap, tapi tak ada duit. Kasihanilah kami."

Kita manusia, semua sama. Yang kaya takkan mampu makan 10 kali ganda dari orang miskin. Bezanya mereka mempunyai lebihan duit yang kadang-kadang boleh menampung makan sehingga bertahun-tahun. Yang miskin pula, duit yang ada pun tak mampu nak beli makanan. Bagi golongan yang mempunyai limpahan rezeki yang lebih dari Allah s.w.t., moleklah kiranya dikongsi bersama untuk sama-sama kita merasa nikmat hidup di bumi Tuhan. Janganlah hendaknya yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Duit yang ada bukanlah milik kita, cuma pinjaman dari Allah s.w.t.. Jangan kita jadi sombong dan meninggi diri dengan pinjaman dari Tuhan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 195, menyatakan bahawa :
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

Lagi al-Quran menyebut dalam surah al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud :
"Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.".

Renung-renungkan ayat tuhan, muhasabah dan amalkan dalam kehidupan seharian. Semoga hidup kita lebih bahagia hendaknya. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS