RSS
Post Icon

Terapi Bunyi


Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Sebagai seorang insan, kita tidak lekang dari permasalahan, cabaran serta ujian daripada Allah s.w.t. Kita ambil contoh sekarang merupakan minggu-minggu akhir kuliah bagi mahasiswa dan mahasiswi di universiti sebelum tibanya peperiksaan akhir. Jelas ternyata lagi bersuluh (wah ayat!), tugasan-tugasan tentulah nak dihantar segera. Tambahan lagi, tiada minggu belajar untuk pelajar universiti sekarang. Habis belajar terus disusuli dengan peperiksaan.

Sebagai seorang insan biasa, tekanan dan kecelaruan emosi akan mulai terasa dalam situasi sebegini. Apa kata kita rehatkan minda, tenangkan emosi sebelum kita meneruskan agenda dan aktiviti-aktiviti harian kita dengan lebih tenang, kemas dan penuh kegembiraan (ayat merapu aku dah datang balik,hehee...).

Baiklah, sebenarnya gambar di atas menunjukkan satu perisian yang saya temui semasa saya melayari internet sebelum ini. Perisian ini merupakan salah satu kaedah terapi yang menggunakan konsep terapi bunyi. Apa-apa hal, anda dipersilakanlah muat turun dahulu dan anda akan tahu kelebihannya. Pautan untuk muat turun saya sediakan di bawah.

Selamat berehat....tenang..nikmati keindahan dunia bunyi ciptaan Ilahi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS