RSS
Post Icon

My Trip to Darul Quran













Usaha untuk mencari bahan assignment diteruskan lagi ke Darul Quran...Malangnya, sesampainya di situ, jam telah menunjukkan pukul 4 petang..library tutup pukul 5..HUH! such a bad day for me! kitorang xsempat nak buat apa-apa sebab mesin fotostat pada ketika itu jugak sedang demam..Aduhai..Nasib badan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

My Trip to Kuala Lumpur



















Align Center


Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni aku mengisi masa lapangku dengan berjalan-jalan, merayau-rayau, meninjau-ninjau sekitar Kuala Lumpur..Maklum la, xpernah pergi...Hari tu pergi KL kat Lowyat tu je beli laptop...Kali ni kitorang ronda-ronda sekitar KL..Kawasan yang menjadi target kali ni...KLCC! hahahahaaa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

My Trip to UKM











Malas nak crita banyak dalam post aku kali ni...biar korang tengok je gambar-gambar yang aku ada sepanjang trip aku ke UKM...Niat untuk cari bahan assignment tapi punah gara-gara library tutup (xsedar cuti raya cina belum habis lagi)...hehehehehee...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Akhlak masyarakat kita


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...Luangkanlah sedikit waktu untuk membaca postku kali ini....

Melayu? Cina? India? Nama-nama tersebut hanyalah nama kepada sesebuah bangsa...Setiap bangsa mempunyai cara dan adat tersendiri dalam menjalani dan mewarnai kehidupan harian mereka. Hari ini, 14/02/2010, hari bermakna kepada bangsa Cina. Tahun Baru Cina, perayaan yang dirayakan oleh masyarakat cina saban tahun...Seperti juga kaum melayu dengan Hari Raya dan Maal Hijrahnya, India dengan Deepavali dan Taipusamnya..tetapi mengikut amalan dan kepercayaan masing-masing...

Aku tulis post ni sebab aku sengal sikit dengan orang-orang yang masih mengamalkan sikap "assabiyah" terhadap kaum mereka sepertimana orang-orang Arab Jahiliyah pada zaman Rasulullah saw kita dahulu. Tiap hari aku dengar orang memperlekehkan bangsa dan agama orang. Belum masuk bab-bab perbezaan negeri lagi, tu satu lagi masalah masyarakat kita sekarang. Asyik nak menangkan diri sendiri..1 Malaysia? hmmm...xleh nak kata apa lah...Aku sebagai orang melayu khususnya tapi x la berapa melayu sangat la sebab aku mix vegetable dengan bangsa lain...hahahahaa.. macam-macam aku dengar dari orang-orang di sekeliling aku mengata dan mengutuk orang berdasarkan bangsa dan kepercayaan mereka. HOH! Hebat betul...golongan yang berbangsa perfect la ni..

Ingatlah kawan-kawanku, Islam menganjurkan hubungan mesra sesama kita xkira bangsa apa pun...janji kita x terpengaruh dengan norma-norma dan budaya negatif yang menjurus kepada keruntuhan akidah dan kepercayaan. Tapi apa yang aku tengok hari ini, masyarakat kita lebih menganjurkan untuk berada dalam kelompok bangsa sendiri sahaja. Kalau tengok bangsa lain buat salah sikit, mula la nak mengutuk, mengata. Siapa kita? Sempurnakah kita? Apa kata kalau kita dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka, apakah perasaan kita jika orang mengutuk bangsa kita sendiri? Lagi hebat, sama-sama bangsa sendiri pun ada sesetengah kelompok manusia yang mudah iri hati dengan kejayaan oranglain, lepas tu mula nak buat khianat. Ni pun aku selalu dengar jugak.Macam-macam kan...Seronok kan hidup saling membenci? xnak ikut kata Rasulullah saw untuk sentiasa meminta dan memberi maaf kepada oranglain?

Fikir-fikirkan..Wajarkan kita menilai seseorang berdasarkan bangsa? Adakah semua orang dalam bangsa kita sempurna? hmmm...Pendapat aku, seseorang perlu dinilai berdasarkan akhlak dan keperibadiannya, x perlu dikaitkan dengan bangsa. Bangsa hanyalah sekadar bangsa, yang membuatkan kita mulia adalah akhlak dan keperibadian yang unggul.

Bukan berniat untuk mengutuk tapi ingatlah, selagi kita masih bersikap buruk sangka, mengata, mengutuk, memfitnah bangsa orang aku rasa tiada siapa yang berminat kepada agama dan bangsa kita..Justeru, muhasabahkanlah diri dan ubahlah sikap-sikap negatif dalam diri sendiri moga-moga mondapat keredhaan daripada-Nya. Sebelum mengata oranglain, baiki diri dulu ye... Aku sekadar menasihati hanya sebagai seorang rakan.

Jika terasa hati atau tersinggung dengan postku ini, aku minta maaf. Aku sekadar manusia biasa...Apa yang aku tulis tiada kaitan khusus kepada sesebuah bangsa tertentu. Sekian dulu buat masa ni, salam....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Wanita JIM Kecam Kempen Tanpa Seluar Dalam

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor mengecam kempen “no panties” pada Hari Kekasih (Valentine) yang hangat dipromosikan di kalangan pelajar-pelajar wanita institusi pengajian tinggi.

Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim berkata, kempen itu bertujuan menggesa golongan pemudi mengambil tindakan sedemikian sempena sambutan Hari Kekasih sebagai luahan tanda cinta sejati mereka terhadap pasangan masing-masing.

Menurutnya, perkara ini amat menyedihkan apabila usaha ini tidak dilihat sebagai tindakan menjijikkan di kalangan pelajar wanita, malahan mereka menyambutnya dengan gembira.

“Reaksi sedemikian datang dari golongan pelajar Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan dan tahap kecerdasan minda yang tinggi dengan kebolehan intelek yang baik dan ia amat menyedihkan.

“Golongan pelajar terpengaruh dan disibukkan oleh aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya tertipu oleh pihak yang mempromosikan kempen ini,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

Katanya, Wanita JIM Selangor mengingatkan sambutan Hari Kekasih bukanlah budaya dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menyarankan kempen ini sangat menyedihkan.

Beliau berkata, reaksi pelajar berkenaan mengenai kempen itu jelas menunjukkan pemuda pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat.

“Golongan ini harus diingatkan agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikan harga diri dengan murah.

“Kelebihan akal manusia kurniaan Allah SWT sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik buruk sesuatu tindakan,” katanya.

Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan terdapat cara terbaru memancing remaja Islam menyertai sambutan Hari Kekasih hujung minggu ini. Kini tersebar luas pesanan ringkas (SMS) mengajak remaja Islam, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama merayakannya dengan slogan ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentines’ (zahirkan kasih sayang anda tanpa seluar dalam sempena Hari Kekasih). -SH




Sambut Valentine tanpa seluar dalam



BUTTERWORTH - Cara terbaru memancing remaja Islam menyertai sambutan Hari Kekasih (Valentine) hujung minggu ini.

Kini tersebar luas pesanan ringkas (SMS) yang mengajak remaja Islam, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di sini untuk sama-sama merayakannya dengan slogan ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentines’ (zahirkan kasih sayang anda tanpa seluar dalam sempena Hari Kekasih).

Sehubungan itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS) meminta ibu bapa memerhati gerak geri anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala negatif, yang jika tidak dibendung membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak anak muda Islam.

Koordinatornya, Nurfitri Amir Muhammad berkata, langkah itu perlu kerana perayaan berkenaan disambut dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral termasuk menghabiskan malam perayaan bersama pasangan, bergaul bebas dan berakhir dengan pesta seks.

“Walaupun kami tidak tahu pihak atau individu yang memulakannya, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang melarang umatnya mendekati zina.

“Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya, persidangan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-71 pada 22 November 2005 juga memutuskan bahawa amalan merayakan valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

“Roh perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama lain dan amalannya yang bercanmpur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” katanya.

Sehubungan itu, UNGGAS bersama beberapa pertubuhan lain mengedarkan risalah untuk menyedarkan remaja Islam agar tidak terjebak dengan gejala negatif serta mengadakan operasi pada malam berkenaan yang lebih kepada memberi penerangan dan kaunseling.

“Kami akan membuat rondaan dan sesi penerangan secara bersemuka dengan remaja Islam di kawasan tumpuan ramai untuk memastikan mereka tidak terlanjur dan bersedia kembali ke pangkal jalan,” katanya.



nak kata bodo..tp blajar tinggi..x kn x fhm lg kot

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Pengumuman

Salam kepada viewer2 blog sekalian...Disebabkan atas permintaan dan cadangan seorang kawanku, aku dh buat satu ruangan khas untuk untuk download. Jadi, sebarang download entry dalam blog ni aku pindahkan ke blog baru aku. Laman utama blog ni khas untuk entry yang bertulis (tiada download). Namun, masih ada ralat di bahagian link post aku di mana entry2 dalam blog ni masih lagi bercampur aduk dengan blog aku yang satu lagi tu. macam mana nak buat pun aku xtahu...Sape-sape yang tahu tu bagitau la aku camner nak wat ok. Buat masa ni aku disable dulu linkwithin tu kat page utama aku ni..banyak lagi keje lain aku nak buat. Pandai2 korang lah.hihii...Anda boleh akses ruangan download dengan menekan ke ruangan download aku kat atas sebelah kanan page ni...Nama blog aku tu Apex Download Centre. Hepi download ye....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Peringatan untuk pengguna Windows 7 !


Microsoft akan melancarkan Windows Activation Technologies Update untuk Windows 7 pada 16 Feb (MY: 17 Feb) di microsoft.com/genuine dan selepas 17 Feb (MY:18 Feb) di Download Center & Windows/Microsoft Update. Tataran (update) ini (dilabel "Important"
mengesan 70 pengubahan haram pengaktifan Windows 7. Microsoft menekankan bahawa:


1) Tataran ini tidak mandatori. Pengguna boleh memilih untuk tidak memasangnya (install)

2) Jika komputer anda dikesan tidak tulen (genuine), latar dekstop kekal hitam dan notifikasi berkala mengingatkan salinan Windows anda tidak tulen akan keluar. Walau bagaimanapun tiada perubahan pada keupayaan atau fungsi sistem.

3) Perisian Windows tidak tulen akan menatar status ketulenan PC setiap 90 hari.


http://windowsteamblog.com/blogs/genuinewindows/archive/2010/02/11/windows-activation-technologies-update-for-windows-7.aspx


So apa lagi, tukar tetapan Windows Update kepada "Check for updates but let me choose whether to download and install them". Aku menyarankan supaya tidak menyahaktifkan (disable) Windows Update.


cara disable Windows Update..

1. pergi "control panel" dan klik kat "windows update".

2. klik pada "change setting" kat sebelah kiri tu...

3. kat bahagian "important updates" tu tukarkan kepada "never check for updates" dan klik OK.

harap sesiapa yang rasa-rasa pernah format ngan aku , sila berbuat demikian sebelum 17hb Februari nanti..OK.

thanks to magpie_my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Tips Of The Day


Kali ni kita berkongsi tips camner nak tahu system kita kena virus
sebab terlalu ramai yg tak pasan pc kena virus.


- tiba² operation jadi slow padahal sebelum tu ok je

- download sesuatu pastu double klik, yg kita download tu tak jadi apa, serupa cam tak klik

- banyak function normal dah ilang/takder (folder option/task manager)

- buka sesuatu application tapi tak buka @ buka kejap pastu tutup sendiri balik

- system seperti rehash. dia close explore.exe pastu ada semula
(restart explore.exe)


- pop-up tetiba buka banyak/buka sendiri

- search menda lain, yg keluar lain

- search pakai yahoo tapi result tiba² search engine yg lain

- antivirus tak leh running background

- kat startup folder ada application pelik (unknown) @ ada tulis "empty"
(bukan yg transparant)


- msconfig > startup (ada file nama yg eja tah haper² tah cth: odgkkjjl268)

- keluar error msg yg pelik atau yg bukan dari msg windows

- tak leh buka taskmanager / msconfig / regedit

- pc shutdown sendiri

- tak leh masuk windows / klik icon akaun, dia logout semula

- loading lama untuk sesuatu application / atau masa nak on pc


p/s: sapa nak tambah lagi, tambah ler dlm ruangan chatting or send me a comment

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Malam Lanai Seni di KHAR





Malam Lanai seni seperti tajuknye......memaparkan sebuah band yang tidak asing lagi di kolejku..hahahahaa...salah sorang ahli band ni dduk sebilik dengan aku....sebilik dgn ARTIS YOUUUU...!!!!!hihihii....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS