RSS
Post Icon

MCFA Cat Exhibition 2012

26hb Februari 2012, hari Ahad : aku pergi melawat Malaysia Cats Fancier Association (MCFA) Cat Exhibiton di Viva Mall, Kuala Lumpur. Pameran ini menampilkan pelbagai baka kucing di bawah TICA. Majoritinya kucing baka Bengal la. Ada owner yang hanya bawa kucing mereka untuk show dan ada juga untuk dijual. Paling terkejut apabila presiden MCFA bagitau anak kucing British Shorthair (tiada dalam gambar) yang dia baru import dari Germany tu sangat mahal. RM 12,xxx! Fuh!!! kalau aku, tak termampu! 1st time pergi pameran-pameran kucing seumpama ini, rasa sangat excited. Antara gambar-gambar yang sempat diambil masa pameran :



sekitar MCFA Cat Exhibition diadakan. Ramai betul orang datang.


brown spotted Bengal


Domestic Long Hair (DLH). hansome je dia...


Burmese

exotic (aku pernah bergambar dengan dia,bayar RM30.berbaloi la..hehee)


Putra, Brown Marbled Bengal. World Champion Cat 2011 if i'm not mistaken.


exotic


anak Maine Coon


anak Persian. Persian TICA tak flat faced sangat,lebih kepada doll-faced. Kalau Persian dari CFA baru extreme flat-faced.


teddy bear cat, the British Shorthair. kucing paling besar kat pameran ni.


err...silver marbled Bengal kot.


brown spotted Bengal


kucing paling sporting bergambar, bi color British Shorthair.


savanah, as the owner told me.


cool je dia duduk dalam cage.


brown spotted Bengal


anak-anak Bengal sangat aktif.melompat-lompat je kerja...hehee


brown marbled Bengal


hadiah aku dapat jawab kuiz MCFA (orang 1st jawab.hehee)



Pengajaran daripada talk yang president MCFA bagi : jangan sesekali buat cross-breed atau inter-breed antara kucing berlainan jenis atau "sumbang mahram". Mak kahwin anak, adik kahwin abang, dan lain-lain. Sebabnya akan berleluasa kecacatan, baka yang asli akan hilang keasliannya, generasi baru tidak dapat melihat lagi sesuatu baka asli jika baka itu pupus dan diganti dengan baka kacukan. Seperti kebanyakan masyarakat kita mengakui kucing local yang berwarna "colorpoint" sebagai kucing siam walhal kucing tersebut ialah kucing local yang dah dikacuk dengan siam. Kucing siamese yang sebenar sangat elegan dan sangat berbeza dengan kucing yang didakwa kucing siam oleh masyarakat kita. (tak sempat ambil gambar kucing siam hari tu). Sorry.

Lagi satu, kalau dah kucing tu cacat, mesti ramai manusia yang akan buang kucing dan akan menambahkan lagi populasi stray cat (kucing jalanan). Hasilnya, sesetengah pihak akan menangkap dan membunuh kucing tersebut (seperti kes baru-baru ini), dan sebelah pihak lagi bising menuntut hak kucing yang teraniaya.

Secara personal, dia kata punca permasalahan ini bermula dengan cross-breed dan inter-breed. Jadi,renung-renungkan. Jangan biarkan ibu kucing berkahwin dengan anaknya sendiri. Tak elok. Hehee...

Tu je la aku nak share.bye :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

melor said...

salam tumpang tanye. sampai bile ek pameran ni?

melor said...

ala igt yang latest.sori2

apex said...

sori baru prasan komen...lama dh ni..awal tahun 2012.februari

Post a Comment