Assalamualaikum, salam sejahtera.
Setiap rumah mesti ada yang bela haiwan peliharaan..kebanyakannya,tak semua. macam-macam jenis,macam-macam ragam dan cerita tentang haiwan-haiwan peliharaan. kalau dah minat, ular dan buaya pun kita sanggup bela. aku juga tidak terkecuali diistilahkan orang sebagai "pet lover". tapi agak elergik jugak la dengan pet yang berbulu kadang-kadang. sebelum ni pun dah pernah bela pet, dari kucing, ikan kaloi, puyu, ayam, itik, rabbit...macam-macam jugak la sampai kura-kura jumpa tepi jalan pun aku & adik-adik aku rembat jugak bawak balik rumah, bela. tapi lepas tu,sang kura-kura ni pakat-pakat lari dari rumah walaupun tak boleh berlari.
Rumah aku jugak slalu jadi tempat orang buang kucing mereka yang "agak" kurap. tak kesah la. kesian tengok kucing-kucing ni kelaparan,bagi la diorang makan. makan "dry-food" tuu. lepas kucing tu dah cantik, bulu dh gebu & kurap pun dah hilang, mula la tuan punya kucing ni mengaku tu kucing dia, tanpa ucap terima kasih pun dia ambik balik kucing tu...hmmm..tak kisah la,adat dunia (tangan di dada, kepala di atas).
Baru-baru ni (agak lama jugak la), aku berminat nak bela binatang peliharaan lain dari yang biasa kami sekeluarga bela. pengaruh mudah.my kot sebab aku selalu bukak mudah.my tengok pet ni. dengan tidak semena-mena aku beli 2 ekor kucing parsi dari mudah.my. beli dengan orang. kalau beli kat kedai pet, mau tak mau 700-800 -/+ jugak tu..boleh lah murah sikit beli dengan orang. orang maksudnya bukan kedai haiwan la..
Mula-mula aku beli kucing parsi warna coklat (tak tau la nak panggil apa warna dia sebab campur-campur). aku bagi nama dia Grey (sebenarnya vet yang bagi nama tu). dia ni aku angkat masa umur dia 2 bulan lebih. sekarang dah dekat 5 bulan jugak la...dia jenis aktif tapi mata dia slalu brair. tak tau knapa tapi ada kenalan yang jugak pet lover bagitau yang kucing flat face memang brair mata. tak tau la, aku iyakan saja.
Grey, si kucing parsi betina jenis semi flat face rasanya. mata warna kuning, bulu dia campur-campur warna, tak tau nak panggil warna apa tapi owner asal sebelum aku beli Grey, dia cakap "tabby". si Grey ni tak boleh dilepas dari kandang, terus berlari kejar-kejar. aku rasa dia ni bercita-cita nak jadi atlit dah besar nanti.
Kesian tengok Grey keseorangan, ingin pulak carikan dia teman. aku pun cari la dalam mudah.my kot-kot jumpa teman hidup si Grey ni dan aku jumpa "White", si kucing parsi jantan semi flat bermata biru(umur lebih kurang Grey tapi White muda sebulan lebih). dia ni lain sikit dari Grey,pemalu dan sopan apabila tengok orang.tak kesah di belai dan tak aktif sangat aktiviti-aktiviti kejar-mengejar macam Grey. tapi kalau dah Grey kejar, apa boleh buat kan...
White aku beli masa umur dia 3 bulan lebih. owner asal dia siap bagi vaksin dan deworm skali. cuma Grey aku bawak pergi vaksin lepas aku beli White. bulan 6 ni skali lagi diorang berdua kena vaksin buat kali kedua. kucing ni sebelum umur setahun, mesti vaksin 3 kali. belum campur makanan, pasir untuk diorang berak dan penjagaan kesihatan, mau banyak jugak fulus terbang. tapi tak kesah la,asalkan minat,sayang,tak main-main jaga, ok la tu..makanan diorang Royal Canin 32 (R.C 32),khas untuk anak-anak kucing parsi. sepeket mau dalam RM22-23, boleh tahan 2 minggu kalau bagi meal 2 kali sehari.kadang-kadang R.C 32 ni dicampur dengan makanan whiskas basah. alhamdulillah, parents aku baik hati belanja makan minum diorang berdua ni.payah jugak nak jaga sebab mereka ni suka gugur bulu kalau cuaca panas. so, kena sediakan kipas untuk selesakan mereka.
Walaupun aku minat dengan haiwan peliharaan, aku agak elergik dengan diorang ni.mungkin sebab bulu diorang rasanya, aku jadi susah nak bernafas...rasanya la..batuk-batuk...aiyaa..mungkin lama-kelamaan boleh jadi biasa kot.insyaAllah.. untuk yang berminat bela haiwan peliharaan, jagalah haiwan-haiwan peliharaan anda baik-baik,jangan dera.bagi makan, jangan biarkan mereka derita.
0 comments:
Post a Comment