RSS
Post Icon

jom surf internet

CARA SETTING ULTRASURF

1ST DOWNLOAD DA SOFTWARE U95 OR ULTRASURF KAT MANA PUN YANG KORANG JUMPA ...( MALAS NK LETAK LINK)..THEN....

OPEN U95.EXE/U96.EXE/U99.EXE (IKUT LA VERSION APA PUN)



SECARA AUTOMATIC INTERNET EXPLORE ( IE ) AKAN DIBUKA.

TAIP WEBSITE YANG DIHENDAKI. "KALAU DULU ADA WEBSITE XBLEH DI LAYARI SKRG KORANG BLEH MELAYARI SEPUAS2NYA".

UNTUK YANG SUKA MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX
ANDA BOLEH MENGGUNAKANNYA TETAPI ADA SEDIKIT SETTING PERLU DILAKUKAN.

BUKA MOZILLA FIREFOX PERGI KE
TOOLS => OPTIONS => ADVANCED => NETWORK=> SETTINGS=> MANUAL PROXY

MASUKAN HTTP PROXY : 127.0.0.1 DAN PORT : 9666

DAN TANDAKAN ANAK PANAH PADA KOTAK USE THIS PROXY SERVER FOR ALL PROTOCOLS DAN KLIK OK. NOW MOZILLA FIREFOX BOLEH DIGUNAKAN.




UNTUK YANG MENGGUNAKAN YAHOO MESSENGER

VERSI 8.0

OPEN YAHOO MESSENGER KLIK PADA

MESSENGER=> CONNECTION PREFERENCES => USE PROXIES=> AMIK ENABLE HTTP PROXY

ANDA PERLU MASUKAN SERVER NAME 127.0.0.1 DAN SERVER PORT 9666. PASTU KLIK OK.




UNTUK YM VERSION BARU 9.0 HANYA PERLU KLIK PADA HTTP PROXY SAHAJA.

MESSENGER => CONNECTION PREFERENCES => CONNECT VIA PROXY DAN AMBIL HTTP PROXY. PASTU KLIK OK.



BAGI YANG MENGGUNAKAN INTERNET DOWLOAD MANAGER OR FREE DOWNLOAD MANAGER

INTERNET DOWNLOAD MANAGER ( IDM )

OPEN IDM

AMIK DOWNLOAD=> OPTIONS=> PROXY=> AMIK USE PROXY

PROXY : 127.0.0.1 DAN PORT 9666 USERNAME DAN PASSWORD TIDAK PERLU.


KORANG LEH LA CARI SETTING YANG BERKENAAN TENTANG HTTP PROXY
DAN MASUKAN ADDRESS 127.0.0.1 DAN PORT 9666


NOTE : SEMASA MENGGUNAKAN ULTRA SURF JANGAN TUTUP BIAR LA KUNCI EMAS DISEBELAH KANAN BAWAH ITU MENJADI PUJAAN HATI KORANG. HAHAHAHA..


NOTE : JANGAN LUPA TUKAR BLIK KEPADA NO PROXY NANTI PI TEMPAT LAIN XBLEH ACCESS INTERNET PLAK.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Kena Tindih?


Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, just dapat gerakkan hujung jari kaki or tangan, terasa berat kat dada, nampak benda2 pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainye) n macam2 lagi la andaian. Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena. Ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis). Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (Rapid Eye Movement) waktu nyenyak ni, bijik mata kite gerak2). Otak akan bagitau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap. REM atonia (tader muscle tone).

Ok, otak kita pun ada switch off button. Dipanggil Reticular Activating System (RAS). Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on. Kirenye screensaver laaa or hibernate. So bila kita bangun, RAS switched on balik. Kita sedar fully awake state. Tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kita. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika. Before otak activate balik. Memang menakutkan tapi benar. Tapi paralysis tu tak semestinye complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer. Tu yang ade boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh n sebagainye. Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak bende bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa bende sentuh/hempap dll..)


Sebab musabab yang boleh mentrigger sleep paralysis :

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy


So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu. Korang lagi hantu sebenornye. Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik je mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu. nanti tebakar lak laki. bacalah Alhamdulillah!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

makhluk ghaib dari pandangan ahli fizik


Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya

FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin

bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih

untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar

“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia

Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif

Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Tengok Youtube Tanpa Internet!!!


Bagi yang suka tengok Youtube (bukan aku la), korang tau x cara nak tengok Youtube tanpa guna internet??? Jom,aku tunjukkan...Jimat kos, xperlu loading, xperlu bayar bil internet. Ikut langkah-langkah yang aku bagi ni ye...


1. beli sticker yang ade tulis perkataan Youtube


2. buka pelekatnya

3. tampal kat bahagian bawah sebelah kanan TV korang...pastu on TV..

Berkesan kan?...Anda berani?! cubalah..! hihihiii!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

aku dan pendapatku



 12 Adegan Tak Logik Dalam Drama / Filem Tempatan

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Tiba-tiba bunyi duit syiling jatuh ke tempat ambil duit!...Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi.Pengarah fikir adegan tersebut di saksikan oleh penonton yang pekak!

2.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia bergaya mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah selesai sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... "Hello". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

3. Dalam drama bersiri (cerita polis), sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....mana ada keluarga cina menggunakan bahasa melayu untuk bertutur. Mereka gunakan bahasa inggeris.

6. Satu babak dalam drama bersiri... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

7. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

8.Seperti juga dalam drama aksi di tv...yang drama kisah lelaki yg menjadi perkasa...kira macam spesies extraordinary laa....dengan komputer sceeen menunjukan wallpaper sedang melayang-layang, si pelakon menaip ntah apa-apa kununnya untuk memprogramkan sesuatu kedalam otak anaknya. Apa ke bodoh nak buat drama sebegitu!

9.Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

11. Apabila ada adegan pelakon lelaki dan wanita keluar jalan-jalan, sila perhatikan pakaian mereka..masa pergi pakai baju lain, balik pakai baju lain.

12. Bila ada watak pelakon menggunakan pistol, nampak sangat pistol yang dipegang, pistol mainan..pegang dengan 2-3 jari...

Banyak lagi ....


Sebab itu filem melayu susah ckit nak berkembang....untuk renungan bersama...

*Kalau filem/drama yang xde unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas tu, memang senang nak g boxoffice...kn? 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Seni Kopi









Kreatif kan? cuba teka kopi ape yg dia guna??? adakah Kopi Jantan?Kopi Janda?Kopi Tok Guru?? hahahaaa!Kopi pun boleh jadi seni...Kalau aku la jumpa kopi macam ni...sayang pulak rasa nak minum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Barangan Esklusif Rasulullah S.A.W.

Baju gamis Rasulullah saw yang lusuh dan robek-robek.YA Allah...betapa sederhananya pemimpin dunia yang suci dan agung..!


Baginda yang sememangnya mendapat tempat di syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia ini kita begitu cintakan dunia, adakah kita layak untuk menjadi ahli syurga. Adakah kita mampu untuk menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ini dikongsi dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita.
Kita sanggup menonton siaran lansung bola sepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang Tahajud, kita mengamalkan riba dalam jual beli, tidak kisah halal dan haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam. Ya Allah,tunjukkanlah kami jalan yang benar dan ampunkanlah dosa kami.


sebahagian daripada baju gamis Rasulullas saw yang telah robek


Bekas tapak kaki RAsulullah saw

baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah saw
Jubah Rasulullah saw


Sandal Rasulullah saw
Cop surat rasmi Rasulullah saw
Serban-serban yang pernah dipakai oleh RAsulullah saw

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS