Kreatif kan? cuba teka kopi ape yg dia guna??? adakah Kopi Jantan?Kopi Janda?Kopi Tok Guru?? hahahaaa!Kopi pun boleh jadi seni...Kalau aku la jumpa kopi macam ni...sayang pulak rasa nak minum...
Barangan Esklusif Rasulullah S.A.W.
10:05 PM |
Baju gamis Rasulullah saw yang lusuh dan robek-robek.YA Allah...betapa sederhananya pemimpin dunia yang suci dan agung..!
Baginda yang sememangnya mendapat tempat di syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia ini kita begitu cintakan dunia, adakah kita layak untuk menjadi ahli syurga. Adakah kita mampu untuk menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ini dikongsi dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita.
Kita sanggup menonton siaran lansung bola sepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang Tahajud, kita mengamalkan riba dalam jual beli, tidak kisah halal dan haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam. Ya Allah,tunjukkanlah kami jalan yang benar dan ampunkanlah dosa kami.
![]() |
| sebahagian daripada baju gamis Rasulullas saw yang telah robek |
![]() |
| Bekas tapak kaki RAsulullah saw |
![]() |
| baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah saw |
![]() |
| Jubah Rasulullah saw |
![]() |
| Sandal Rasulullah saw |
![]() |
| Cop surat rasmi Rasulullah saw |
![]() |
| Serban-serban yang pernah dipakai oleh RAsulullah saw |
Penyamaran
7:49 AM |
Nampak tak apa yang aku nampak??? Teknik penyamaran yang agak berkesan kalu korang nak tido dan pada masa yang sama juga mengelakkan diri daripada dikesan musuh...
Sebat cara Islam Vs Sebat Cara Sivil
7:49 PM |
Zaman sekarang, Islam sering dikaitkan serta dilabel sebagai agama pelampau dan kejam. Sehinggakan hukum-hukum Islam juga selalu dipertikai serta dilabel sebagai kejam, tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Tapi aku berpendapat sebaliknya. Pendapat je la.Maybe korang ada pendapat lain, tu lantak korang lah. Ni kan blog aku, so pendapat aku lah.hehee..Bukti? Ni aku share sikit pasal cara sebatan mengikut kaedah Islam (hudud) dan sebat cara sivil.
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?”
gambar daripada www.isuhangat.net
GITAR OH GITAR...
9:22 PM |
Salam...Post kali ni aku terjumpa satu persoalan berkaitan hukum bermain gitar di sisi agama Islam.take a look...
Mohd Zain Mubarak : Utusan Malaysia (03/11/2005)
Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam diri manusia. Namun persoalannya apakah bentuk nyanyian atau muzik yang menepati syariat Islam pada masa kini?
Persoalan ini memerlukan kita untuk memahami beberapa aspek berkaitan iaitu peralatan muzik, lirik, penyanyi dan juga persekitaran. Dengan ini barulah kita akan mendapat gambaran bentuk nyanyian yang diharuskan dalam Islam.
Jika dirujuk kepada perbahasan ulama fiqh klasik mengenai hukum peralatan muzik, nescaya sukar bagi kita untuk menerima hakikat bahawa sebahagian besar peralatan muzik yang wujud sehingga hari ini adalah haram menurut mereka di sisi Islam.
Bagaimanapun, pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada suasana dan amalan masyarakat pada masa itu, di mana jenis alat muzik tersebut biasanya dimainkan di dalam sesuatu majlis maksiat yang biasanya melibatkan minuman keras dan pelayan perempuan yang menggoda.
Ini telah mewujudkan suatu set minda bahawa peralatan muzik tersebut adalah haram, sedangkan ia tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran dan al-sunah.
Salah satu kaedah fiqh iaitu al-Asl fi al-Ashya' al-Ibaahah yang bermaksud; Setiap sesuatu itu hukum asalnya adalah harus mungkin boleh dijadikan sandaran bagi mengatakan bahawa segala peralatan muzik itu hukumnya adalah harus, terpulanglah kepada kita untuk menentukan hukum penggunaannya sama ada harus, makruh atau haram.
Justeru, peralatan muzik bukanlah sesuatu yang penting dalam menentukan hukum nyanyian dalam Islam. Pernahkah kita tergambar atau terfikir peralatan muzik seperti gitar elektrik, dram, trompet, keyboard dan seumpamanya digunakan dalam suatu majlis yang menepati batas syarak, mengandungi mesej yang jelas kepada penonton supaya mengagungkan kebesaran Allah, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya!
Panel Kemusykilan Agama JAKIM : 22/06/2009Tidak terdapat sebarang dalil sama ada daripada al-Quran ataupun hadis yang melarang seseorang itu untuk bermain gitar. Hal ini telah menyebabkan para ulama’ Islam berbeza pendapat mengenai hukum bermain gitar.
Sebagai ringkasnya, berikut dijelaskan mengenai pandangan para ulama’ Islam mengenai hukum bermain gitar:
1. Hukumnya adalah haram sama ada melalaikan ataupun tidak.
2. Harus bermain gitar kerana ia tidak memberi sebarang kemudaratan baik kepada diri individu yang bermain mahupun kepada mereka yang mendengarinya.
3. Harus bermain gitar, tetapi dengan syarat:
i. Untuk hiburan sendiri sahaja.
ii. Semasa bermain, tidak bercampur dengan perkara-perkara maksiat perempuan, dadah dan sebagainya.
iii. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
iv. Tidak menyebabkan leka dan lalai kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain.
Sekiranya anda ingin bermain gitar, pendapat yang terakhir ini boleh diambil. Wallahu ‘alam..
1 Malaysia pada zaman Rasulullah s.a.w.
7:29 PM |
Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)

Agamaku
7:24 AM |
Assalamualaikum...salam sejahtera..Agaknye dah lama aku xjenguk blog aku ni due to my bz week, full of assignments.Paham-paham je la, xlama lagi assignment nak kena anta.Mid term exam dhujung tanduk...final exam makin dekat...aduhai...hmmm...OK la..abaikan..tu masalah aku..xde kaitan dengan korang..Kali ni aku nak crita ckit berkaitan dengan..ISLAM...
Aku ni bukan la orang yang xpert bab-bab agama ni tapi sekadar nak berkongsi,sama-sama memperingati je lah ngan korang..Kalau nak baca,baca...Kalau xnak,xpe..
Baik...
Aku sebenarnya nak crita tentang hidup aku..Sekeliling aku & yang sewaktu dengannya la..Aku tengok makin hari, agama aku makin terpinggir & makin x dihormati..Sebab? Ntah la...
Pendapat aku la...(jangan korang marah aku plak nanti, sekadar pendapat je)...Aku rasa Islam makin tersisih sebab umat Islam tu sendiri...
Kesian aku tengok agama ku skali kena tempias dicemuh dek sikap sesetengah umat Islam...sedangkan ISlam adalah agama suci...Bebas dari segala kejahatan, agama yang paling lengkap skali didunia...yang buat jahatnye manusia...xkesah la ustaz /ustazah sekalipun,dah memang sifat manusia kadang-kadang mengikut hawa nafsu....Memang la orang yang buat salah tu ada jugak yang Islam tapi orang Islam ni bukanlah ahli sufi semuanya...
Ustaz/ustazah plak satu crita lagi...Jangan la pergi ceramahkan budak-budak jahat 24 jam sehari semalam...Sekarang ni orang dah "kurang" pakai cara ni...WHY? Sebabnya remaja sekarang "kurang" minat ceramah..Nama pun dah jahat, nak ceramah apenye. Kan? Masuk pun sesi ceramah,masuk telinga kanan,kluar telinga kiri..x pun, ingat hari ni,esok dah lupe dah...Kalau xpcaya boleh tengok la..Kalau boleh ceramah ni buat la dengan cara/gaya lain..Kene jugak ikut ape yang orang tu suka/minat..Biar yang berkaitan dengan cara hidup diorang pastu baru sikit-sikit latih,ajar mereka untuk kembali ke pangkal jalan...Yang penting matlamat tu sampai..tu je...Ni juz aku punya pendapat.Kalau xsuka atau xpaham,komen je....
BOleh tu boleh ceramah tapi kene pada tempatnye la...Bukan ape...Takut-takut nanti orang jadi takut nak dekat dengan orang-orang agama ni..Dalam otak mereka, "kalau aku dekat ni mesti kene ceramah"...Last-last, makin ramai yang xminat mendekati Islam...Nak dekat macam mana, asal dekat je mula kena ceramah pastu c penceramah tu plak kadang-kadang ade jugak yang blamekan diorang depan-depan. Ada jugak manusia yang bagi ceramah ni,asal ceramah je mula la mengata agama lain..Ni jenis yang xbrapa nak paham sangat konsep 1Malaysia la ni..Macam mane oranglain lain nak minat dengan Islam kalau orang yang bawak Islam tu xde "1Malaysia"...Muhibbah tu xnampak..ce..hehehee...Kan? Macam tu ke ajaran agama kita? Setahu aku, RAsulullah saw nabi junjungan kita pun berdakwah secara beransur-ansur & berhikmah..Kita? Berdakwah cara yang bagaimana? Agamaku agama mudah...Pelan-pelan..Step by step...Baru la orang terima..
Firman Allah :
"....dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian".
Justeru, janganlah umat Islam merumitkan agama kita sendiri dan menjadikannya sebagai agama yang tidak indah di mata masyarakat lain umpamanya....Apa yang baik,ikutlah...Yang xbetul atau yang xbaik..Maafkanlah aku..Salam perpaduan.....

وماجعل عليكم في الدين من حرج
Justeru, janganlah umat Islam merumitkan agama kita sendiri dan menjadikannya sebagai agama yang tidak indah di mata masyarakat lain umpamanya....Apa yang baik,ikutlah...Yang xbetul atau yang xbaik..Maafkanlah aku..Salam perpaduan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)