RSS
Post Icon

Sebat cara Islam Vs Sebat Cara Sivil

Zaman sekarang, Islam sering dikaitkan serta dilabel sebagai agama pelampau dan kejam. Sehinggakan hukum-hukum Islam juga selalu dipertikai serta dilabel sebagai kejam, tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Tapi aku berpendapat sebaliknya. Pendapat je la.Maybe korang ada pendapat lain, tu lantak korang lah. Ni kan blog aku, so pendapat aku lah.hehee..Bukti? Ni aku share sikit pasal cara sebatan mengikut kaedah Islam (hudud) dan sebat cara sivil.

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.







SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.








“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?”


gambar daripada www.isuhangat.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment