RSS
Post Icon

GITAR OH GITAR...

Salam...Post kali ni aku terjumpa satu persoalan berkaitan hukum bermain gitar di sisi agama Islam.

take a look...

Mohd Zain Mubarak : Utusan Malaysia (03/11/2005)

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam diri manusia. Namun persoalannya apakah bentuk nyanyian atau muzik yang menepati syariat Islam pada masa kini?

Persoalan ini memerlukan kita untuk memahami beberapa aspek berkaitan iaitu peralatan muzik, lirik, penyanyi dan juga persekitaran. Dengan ini barulah kita akan mendapat gambaran bentuk nyanyian yang diharuskan dalam Islam.

Jika dirujuk kepada perbahasan ulama fiqh klasik mengenai hukum peralatan muzik, nescaya sukar bagi kita untuk menerima hakikat bahawa sebahagian besar peralatan muzik yang wujud sehingga hari ini adalah haram menurut mereka di sisi Islam.

Bagaimanapun, pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada suasana dan amalan masyarakat pada masa itu, di mana jenis alat muzik tersebut biasanya dimainkan di dalam sesuatu majlis maksiat yang biasanya melibatkan minuman keras dan pelayan perempuan yang menggoda.

Ini telah mewujudkan suatu set minda bahawa peralatan muzik tersebut adalah haram, sedangkan ia tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci dalam al-Quran dan al-sunah.

Salah satu kaedah fiqh iaitu al-Asl fi al-Ashya' al-Ibaahah yang bermaksud; Setiap sesuatu itu hukum asalnya adalah harus mungkin boleh dijadikan sandaran bagi mengatakan bahawa segala peralatan muzik itu hukumnya adalah harus, terpulanglah kepada kita untuk menentukan hukum penggunaannya sama ada harus, makruh atau haram.

Justeru, peralatan muzik bukanlah sesuatu yang penting dalam menentukan hukum nyanyian dalam Islam. Pernahkah kita tergambar atau terfikir peralatan muzik seperti gitar elektrik, dram, trompet, keyboard dan seumpamanya digunakan dalam suatu majlis yang menepati batas syarak, mengandungi mesej yang jelas kepada penonton supaya mengagungkan kebesaran Allah, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya!


Panel Kemusykilan Agama JAKIM : 22/06/2009

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada daripada al-Quran ataupun hadis yang melarang seseorang itu untuk bermain gitar. Hal ini telah menyebabkan para ulama’ Islam berbeza pendapat mengenai hukum bermain gitar.
Sebagai ringkasnya, berikut dijelaskan mengenai pandangan para ulama’ Islam mengenai hukum bermain gitar:
1. Hukumnya adalah haram sama ada melalaikan ataupun tidak.
2. Harus bermain gitar kerana ia tidak memberi sebarang kemudaratan baik kepada diri individu yang bermain mahupun kepada mereka yang mendengarinya.
3. Harus bermain gitar, tetapi dengan syarat:
i. Untuk hiburan sendiri sahaja.
ii. Semasa bermain, tidak bercampur dengan perkara-perkara maksiat perempuan, dadah dan sebagainya.
iii. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
iv. Tidak menyebabkan leka dan lalai kepada diri sendiri ataupun kepada orang lain.

Sekiranya anda ingin bermain gitar, pendapat yang terakhir ini boleh diambil. Wallahu ‘alam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

pencinta buku said...

good information :)

Post a Comment