RSS
Post Icon

aku dan pendapatku



 12 Adegan Tak Logik Dalam Drama / Filem Tempatan

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Tiba-tiba bunyi duit syiling jatuh ke tempat ambil duit!...Kemudian dia mendail nombor yang hendak dihubungi.Pengarah fikir adegan tersebut di saksikan oleh penonton yang pekak!

2.Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia bergaya mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah selesai sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... "Hello". Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan
oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

3. Dalam drama bersiri (cerita polis), sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....mana ada keluarga cina menggunakan bahasa melayu untuk bertutur. Mereka gunakan bahasa inggeris.

6. Satu babak dalam drama bersiri... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

7. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

8.Seperti juga dalam drama aksi di tv...yang drama kisah lelaki yg menjadi perkasa...kira macam spesies extraordinary laa....dengan komputer sceeen menunjukan wallpaper sedang melayang-layang, si pelakon menaip ntah apa-apa kununnya untuk memprogramkan sesuatu kedalam otak anaknya. Apa ke bodoh nak buat drama sebegitu!

9.Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....

11. Apabila ada adegan pelakon lelaki dan wanita keluar jalan-jalan, sila perhatikan pakaian mereka..masa pergi pakai baju lain, balik pakai baju lain.

12. Bila ada watak pelakon menggunakan pistol, nampak sangat pistol yang dipegang, pistol mainan..pegang dengan 2-3 jari...

Banyak lagi ....


Sebab itu filem melayu susah ckit nak berkembang....untuk renungan bersama...

*Kalau filem/drama yang xde unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas tu, memang senang nak g boxoffice...kn? 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

pencinta buku said...

hehehehe :)

Post a Comment