RSS
Post Icon

Akhlak masyarakat kita


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua...Luangkanlah sedikit waktu untuk membaca postku kali ini....

Melayu? Cina? India? Nama-nama tersebut hanyalah nama kepada sesebuah bangsa...Setiap bangsa mempunyai cara dan adat tersendiri dalam menjalani dan mewarnai kehidupan harian mereka. Hari ini, 14/02/2010, hari bermakna kepada bangsa Cina. Tahun Baru Cina, perayaan yang dirayakan oleh masyarakat cina saban tahun...Seperti juga kaum melayu dengan Hari Raya dan Maal Hijrahnya, India dengan Deepavali dan Taipusamnya..tetapi mengikut amalan dan kepercayaan masing-masing...

Aku tulis post ni sebab aku sengal sikit dengan orang-orang yang masih mengamalkan sikap "assabiyah" terhadap kaum mereka sepertimana orang-orang Arab Jahiliyah pada zaman Rasulullah saw kita dahulu. Tiap hari aku dengar orang memperlekehkan bangsa dan agama orang. Belum masuk bab-bab perbezaan negeri lagi, tu satu lagi masalah masyarakat kita sekarang. Asyik nak menangkan diri sendiri..1 Malaysia? hmmm...xleh nak kata apa lah...Aku sebagai orang melayu khususnya tapi x la berapa melayu sangat la sebab aku mix vegetable dengan bangsa lain...hahahahaa.. macam-macam aku dengar dari orang-orang di sekeliling aku mengata dan mengutuk orang berdasarkan bangsa dan kepercayaan mereka. HOH! Hebat betul...golongan yang berbangsa perfect la ni..

Ingatlah kawan-kawanku, Islam menganjurkan hubungan mesra sesama kita xkira bangsa apa pun...janji kita x terpengaruh dengan norma-norma dan budaya negatif yang menjurus kepada keruntuhan akidah dan kepercayaan. Tapi apa yang aku tengok hari ini, masyarakat kita lebih menganjurkan untuk berada dalam kelompok bangsa sendiri sahaja. Kalau tengok bangsa lain buat salah sikit, mula la nak mengutuk, mengata. Siapa kita? Sempurnakah kita? Apa kata kalau kita dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka, apakah perasaan kita jika orang mengutuk bangsa kita sendiri? Lagi hebat, sama-sama bangsa sendiri pun ada sesetengah kelompok manusia yang mudah iri hati dengan kejayaan oranglain, lepas tu mula nak buat khianat. Ni pun aku selalu dengar jugak.Macam-macam kan...Seronok kan hidup saling membenci? xnak ikut kata Rasulullah saw untuk sentiasa meminta dan memberi maaf kepada oranglain?

Fikir-fikirkan..Wajarkan kita menilai seseorang berdasarkan bangsa? Adakah semua orang dalam bangsa kita sempurna? hmmm...Pendapat aku, seseorang perlu dinilai berdasarkan akhlak dan keperibadiannya, x perlu dikaitkan dengan bangsa. Bangsa hanyalah sekadar bangsa, yang membuatkan kita mulia adalah akhlak dan keperibadian yang unggul.

Bukan berniat untuk mengutuk tapi ingatlah, selagi kita masih bersikap buruk sangka, mengata, mengutuk, memfitnah bangsa orang aku rasa tiada siapa yang berminat kepada agama dan bangsa kita..Justeru, muhasabahkanlah diri dan ubahlah sikap-sikap negatif dalam diri sendiri moga-moga mondapat keredhaan daripada-Nya. Sebelum mengata oranglain, baiki diri dulu ye... Aku sekadar menasihati hanya sebagai seorang rakan.

Jika terasa hati atau tersinggung dengan postku ini, aku minta maaf. Aku sekadar manusia biasa...Apa yang aku tulis tiada kaitan khusus kepada sesebuah bangsa tertentu. Sekian dulu buat masa ni, salam....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment